Kumpulan ketiga pelarian rohingya ke Bhashan Char

Pelarian Rohingya menjalani kehidupan baharu di pusat penempatan di pulau Bhashan Char di Teluk Bengal. - AFP
Pelarian Rohingya menjalani kehidupan baharu di pusat penempatan di pulau Bhashan Char di Teluk Bengal. - AFP
A
A
A

DHAKA - Bangladesh akan menghantar kumpulan ketiga pelarian etnik rohingya ke pulau terpencil di Teluk Bengal pada penghujung bulan ini.

Dhaka Tribune yang memetik beberapa sumber kerajaan menyebut, kira-kira 2,000 orang pelarian yang menghuni kem penuh sesak di Cox's Bazar akan dipindahkan ke pusat penempatan di pulau Bhashan Char.

Bhashan Char terletak di daerah Noakhali dan sering dilanda puting beliung serta banjir ketika musim monsun.

Ketika ini, terdapat 3,414 pelarian Rohingya di pulau berkenaan selepas penghantaran pertama dan kedua selesai pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, seorang pegawai kanan di Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian (RRRC) di Cox's Bazar enggan mendedahkan tarikh sebenar penghantaran kumpulan ketiga ke pulau berkenaan.

"Ini adalah proses yang berterusan. Kami sedang mengusahakannya dan ia tidak perlu digembar-gemburkan," kata Mohammad Shamsud Douza.

Beliau turut memaklumkan, semua pelarian yang ditempatkan di pulau berkenaan menjalani kehidupan baharu yang lebih selesa, aman dan teratur. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!