Lori bawa asid terbalik

Tong mengandungi asid nitrik yang pecah dalam kejadian di Kilometer 270.5 Lebuh Raya Utara Selatan - Foto Ihsan Bomba
Tong mengandungi asid nitrik yang pecah dalam kejadian di Kilometer 270.5 Lebuh Raya Utara Selatan - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah treler membawa muatan asid nitrik terbalik di Kilometer 270.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban di sini, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata, kejadian jam 5.09 pagi itu menyebabkan dua tong cecair bahan kimia itu pecah dan tumpah.

Menurutnya, treler itu mengalami kerosakan dan ditunda oleh lori penunda, namun tali penarik terlucut menyebabkan treler berkenaan terbalik.

"Akibatnya 35 tong berisi asid nitrik terjatuh dan dua daripadanya pecah serta tumpah di atas jalan.

"Namun tiada kemalangan jiwa berlaku dan seramai seramai 12 anggota termasuk Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) yang ke lokasi mengambil masa kira-kira dua jam membersihkan tumpahan asid itu," katanya.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!