Permai bukti kerajaan letak kepentingan rakyat sebagai keutamaan

Razali - Foto internet
Razali - Foto internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menyifatkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) berjumlah RM15 bilion yang diumum pada Isnin, bukti kerajaan meletakkan kepentingan rakyat, ekonomi dan kesihatan awam sebagai keutamaan.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, beliau yakin pelaksanaan Permai yang meliputi 22 inisiatif itu mampu mengurangkan impak dan beban ditanggung setiap lapisan rakyat dan memberikan ketahanan serta kemampanan ekonomi negara untuk pulih semula.

“Menerusi insentif, bantuan, pemudah cara dan penambahbaikan dalam Permai, saya juga percaya pendekatan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet telah menyediakan dorongan yang betul bagi kesejahteraan rakyat dan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sedia 22 inisiatif bawah Permai

PKP 2.0: Ekonomi negara masih terkawal

RM1 bilion tambah baik Program Subsidi Upah 3.0

“Seiring dengan hasrat Perdana Menteri itu, adalah diharapkan proses birokrasi agensi dalam sistem penyampaian perlu disifarkan bagi memastikan agihan dan bantuan boleh disegerakan,” katanya menerusi kenyataan.

Permai merupakan pakej berciri realistik dan dinamik berdasarkan kesinambungan pelaksanaan beberapa pakej rangsangan ekonomi negara lalu termasuk Belanjawan 2021 bagi negara yang sedang berdepan penularan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berpendapat dalam hal ini, kerajaan telah melakukan yang terbaik dan rakyat diminta bersama-sama memulihkan ekonomi kendiri, keluarga, komuniti dan negara secara keseluruhannya.

Jelasnya buat masa ini tidak perlulah diperlekehkan niat murni kerajaan kerana apa yang diumumkan dalam setiap pakej rangsangan ekonomi negara membawa pulangan semula kepada rakyat sendiri. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!