Had operasi perniagaan hingga jam 8 malam tak rasional

Kerajaan pada 12 Januari lalu mengumumkan aktiviti jualan makanan di restoran, kedai, gerai, kenderaan saji (food truck) dan penjaja tepi jalan di negeri yang terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam. - Foto 123RF
Kerajaan pada 12 Januari lalu mengumumkan aktiviti jualan makanan di restoran, kedai, gerai, kenderaan saji (food truck) dan penjaja tepi jalan di negeri yang terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempertikaikan kewajaran kerajaan mengehadkan waktu operasi premis perniagaan dan makanan sehingga jam 8 malam.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, prosedur operasi standard (SOP) di negeri yang melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) itu dianggap tidak rasional.

Menurutnya, penetapan had waktu itu seolah-olah menafikan hak mereka yang bekerja khasnya petugas barisan hadapan untuk mendapatkan keperluan selepas waktu tersebut.

Dzulkefly - Foto fail Bernama
Dzulkefly - Foto fail Bernama

“Langkah ini tidak punya rasional sains yang jelas, seolah-olah virus SARS CoV-2 ini mula mengganas tepat jam 8.01 malam dan tidak sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP: Aktiviti ekonomi dibenarkan dengan had waktu

Kerajaan pertimbang lanjut waktu operasi restoran, kedai makan

Rayu lanjut waktu operasi kedai makan

Artikel Berkaitan:

Kerajaan digesa lanjut operasi restoran, kedai makan

“Dengan had waktu ini, warga pekerja akan berpusu-pusu ke kedai-kedai runcit dan makanan sebelum 8 malam, sekali gus mewujudkan suasana 3S (sesak, sempit dan sembang). Ini berlawanan dengan tujuan asas SOP dan PKP,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau pada Selasa.

Katanya, sekiranya premis perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa, ia akan memberi peluang menambah pendapatan mereka yang terjejas susulan pelaksanaan PKP.

“Izinkan waktu bisnes dikekalkan di semua premis perniagaan farmasi, Speedmart, 7-Eleven, KK Mart, kedai runcit, perkhidmatan pandu lalu, serbaneka dalam stesen minyak termasuk perkhidmatan.

"Yang penting amalkan SOP asas dan tidak pilih kasih. Segera lanjutkan waktu bisnes demi survival rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!