Mayat nelayan ditemukan terdampar

Mayat Nojan ditemukan terdampar di pantai Kuala Abai, Kota Belud pada Selasa.
Mayat Nojan ditemukan terdampar di pantai Kuala Abai, Kota Belud pada Selasa.
A
A
A

KOTA KINABALU - Lelaki yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama adiknya karam di perairan Kuala Abai, Kota Belud pada Isnin ditemukan di pantai pada Selasa.

Mayat Nojan Sitong, 38, ditemukan terdampar di pantai Kampung Kuala Abai oleh penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi, manakala adiknya, Norzeli, 35, sempat menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) menerima maklumat berhubung penemuan satu mayat di pantai kampung berkenaan.

"MRSC diaktifkan pada jam 12 tengah hari Isnin berhubung dua nelayan dilaporkan hilang selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka dipukul ombak dan karam di kawasan itu.

"Adik mangsa berenang ke kawasan pantai berdekatan sebelum membuat laporan mengenai kejadian yang menimpa mereka sebelum mayat ditemukan hari ini (Selasa) oleh penduduk kampung yang turut sama melakukan pencarian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Rosli berkata, mayat mangsa dibawa ke rumahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk bedah siasat.

"Operasi ditamatkan pada jam 8.45 pagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rosli berkata, operasi mencari dan menyelamat bot nelayan tempatan di Pulau Segama, Sandakan pada 15 Januari lalu turut ditamatkan pada jam 6.30 petang semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!