Bola sepak milik budak 10 tahun ditemukan selepas seminggu hanyut di laut

Bola milik Aoife Ni Niocaill ditemukan selepas seminggu hanyut di laut.- Foto Mirror.co.uk
Bola milik Aoife Ni Niocaill ditemukan selepas seminggu hanyut di laut.- Foto Mirror.co.uk
A
A
A

WATERFORD - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun tidak menyangka bola sepak miliknya yang hanyut di laut dijumpai di pantai Llanrhystud sejauh 200 kilometer dari pantai Woodstown Waterford, Ireland.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh pengguna Facebook bernama Aline Denton selepas menjumpai bola yang tertera nama Aoife Ni Niocaill di pantai Llanrhystud Wales Barat, lapor Mirror.co.uk.

Laporan media tempatan, Irish Mirror, mengatakan, Aline merupakan penduduk di Kampung Welsh Llanrhystud menjumpai bola itu di pantai dan memuat naik di Facebook untuk mencari pemiliknya.

Aline Denton menulis: "Sekiranya ada yang mengenali Aoife Ni Niocaill, bola sepaknya baru sahaja tiba di pantai Llanrhystud - Wales Barat. Ingin tahu berapa lama masa untuk sampai di sini dari Ireland?"

Kemudian di ruang komen, lelaki bernama Ruairi Mac Niocaill memperkenalkan dirinya sebagai bapa Aoife mendedahkan bola itu milik anak perempuannya.

Katanya, luar biasa kerana bola itu hilang sejak seminggu lalu namun ditemui di pantai Llanrhystud.

Sementara itu Aline mengucapkan terima kasih kepada warga maya yang membantunya mencari pemilik asal bola itu hingga menemukan bapa kepada Aoife Ni Niocaill.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!