PKP di enam negeri mulai 22 Januari

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seluruh negara, kecuali Sarawak kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Januari ini hingga 4 Februari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan,) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah terdapat peningkatan taburan kes positif Covid-19 dalam komuniti di negeri-negeri terbabit.

"Berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM (Kementerian Kesihatan) kerajaan bersetuju supaya PKP dilaksanakan di negeri-negeri tersebut bagi mengekang penularan Covid-19," katanya dalam sidang akhbar perkembangan PKP di sini pada Selasa.

Kerajaan sebelum ini menguatkuasakan PKP di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah mulai 13 hingga 26 Januari,.

Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) manakala di Perlis dan Sarawak pula diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sepanjang tempoh tersebut.

Pada 16 Januari lalu, PKP dilaksanakan di Kelantan hingga 26 Januari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!