Tajuddin positif Covid-19
IPOH - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif Covid-19.
Menerusi satu kenyataan di Facebook, Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada Selasa dan disahkan positif pada Rabu.
Justeru, pihaknya meminta mereka yang mempunyai kontak rapat melakukan saringan dengan kadar segera.
"Datuk Seri Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau," kongsi kenyataan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!