SKMM nafi keluarkan poster amaran

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya mengeluarkan sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter.

Dalam kenyataan pada Rabu, SKMM berkata, poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi kesalahan fakta yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas individu yang melanggar amaran berkenaan.

“Pihak SKMM akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!