GOJO bantu pemandu e-hailing hadapi PKP

GOJO adalah visi bersesama yang dibangunkan secara kolektif untuk penduduk tempatan dan oleh rakyat Malaysia. (Gambar kecil: Pradeep Kumar)
GOJO adalah visi bersesama yang dibangunkan secara kolektif untuk penduduk tempatan dan oleh rakyat Malaysia. (Gambar kecil: Pradeep Kumar)
A
A
A

GOJO Malaysia telah mengurangkan komisen kepada sifar peratus untuk semua pemandu dan pengendara penghantaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 14 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi GOJO, Pradeep Kumar mengesahkan inisiatif itu sebagai langkah dalam membantu rakan pemandu GOJO yang semakin kurang menerima tempahan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbaru.

“Inisiatif sifar peratus komisen semasa PKP adalah sejajar dengan objektif dan hala tuju syarikat. GOJO adalah visi bersesama yang dibangunkan secara kolektif untuk penduduk tempatan dan oleh rakyat Malaysia.

“Oleh yang demikian, pada masa-masa getir dan mencabar ini, kami akan melakukan apa sahaja yang kami mampu untuk menyokong komuniti setempat, walaupun dengan perbelanjaan kami sendiri,” katanya pada Selasa.

Dalam usaha menyokong usaha pihak kerajaan untuk melandaikan lengkung Covid-19 ini, pihak GOJO juga melaksanakan Teknologi Pengenalan Topeng Muka pada aplikasi Pemandu GOJO.

Dengan aplikasi ini para pemandu dikehendaki untuk memberi pengesahan bahawa mereka memakai topeng muka sebelum menerima sebarang tempahan.

Teknologi ini merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan secara ketat oleh GOJO untuk memastikan perlindungan maksimum bagi para pelanggan dan juga pemandu di jalan raya.

“Walaupun urus niaga tunai masih dominan di Malaysia, kami telah melancarkan banyak program kerjasama dengan beberapa rakan e-dompet seperti Touch’n Go dan Boost untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai ketika menempah perkhidmatan GOJO,” tambah Pradeep lagi berkaitan kemampuan GOJO dalam usaha menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai iaitu pemboleh teknologi utama untuk perkhidmatan penghantaran tanpa tunai dan tanpa sentuhan yang telah dilaksanakan oleh pihak GOJO.

Artikel Berkaitan:

Dilancarkan pada Ogos 2020, GOJO adalah pengendali e-hailing tempatan di Malaysia yang berjaya menempuh segala rintangan dan cabaran sepanjang tempoh pandemik dalam mencapai pertumbuhan yang mapan dan berterusan.

Sehingga kini, GOJO menyediakan perkhidmatan untuk lebih 117,000 pelanggan aktif dalam perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran atas permintaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!