Kedutaan AS kekal di Baitulmaqdis: Blinken

- Foto 123RF
- Foto 123RF
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran bakal Presiden Joe Biden akan mengekalkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis, lapor Agensi Anadolu.

"Adakah anda setuju Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan adakah anda akan komited untuk AS mengekalkan kedutaan di Baitulmaqdis?" soal Senator Republikan dari Texas, Ted Cruz.

"Ya dan Ya," kata calon Setiausaha Negara Antony Blinken pada sidang Senat.

Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017.

Pada Mei tahun berikutnya AS memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Baitulmaqdis terus dicengkam konflik selama beberapa dekad dengan Palestin menegaskan Baitulmaqdis Timur yang secara haram diduduki Israel sejak 1967 sepatutnya menjadi ibu negara Palestin.

Mengenai penyelesaian dua negara di Palestin, Biden dilaporkan berkata "kaedah terbaik untuk memastikan masa depan Israel sebagai negara Yahudi, negara demokratik dan memberi rakyat Palestin sebuah negara yang mereka berhak adalah melalui apa yang disebut penyelesaian dua negara."

"Secara realistiknya sukar untuk melihat kemajuan proses itu dalam jangka pendek. Apa yang penting adalah memastikan kedua-dua pihak tidak mengambil langkah menjadikan proses itu semakin sukar dan mencabar," tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!