Arwah banyak bersedekah, muliakan ibu

Tangkap layar hantaran Facebook wanita dipercayai isteri kepada Allahyarham Dr Ali.
Tangkap layar hantaran Facebook wanita dipercayai isteri kepada Allahyarham Dr Ali.
A
A
A

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di Facebook miliknya.

Wanita menggunakan akaun nama Asilah Alqarny itu turut menegaskan kematian suaminya disebabkan 'Acute Respiratory Distress' dan bukan disebabkan Covid-19 atau kepenatan bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Tiba-tiba banyak dapat request friend (permintaan rakan) sebab sudah viral (tular), ramainya yang mendoakan arwah suami Dr Ali Noor Hassan. Beribu-ribu orang share (kongsi) dan doakan dia. Alhamdulillah," tulisnya.

Wanita itu turut berkongsi bahawa Allahyarham suaminya itu banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh dan memeriksa pesakit secara percuma semasa ijtimak tabligh.

Katanya, Dr Ali juga tidak berkira kerja dengan kawan-kawan, dan suka ziarah sahabat dan saudara sakit.

"Ramai yang mesej, Dr Ali antara orang yang pertama melawat apabila kawan-kawan tak sihat. Beliau jugak banyak bersedekah. Setiap hari walau sedikit," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Ali meninggal bukan sebab terlampau penat

Menurut wanita itu lagi, ketika ibu mertuanya masih ada, arwah banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu.

Artikel Berkaitan:

"Setiap kali beli lauk untuk family (keluarga) mesti akan belikan lauk yang sama untuk arwah emak dia semasa hidup.

"Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia akan usahakan cuti untuk berkhidmat kepada mak dia," katanya.

Katanya, ketika ibu arwah didiagnos kanser paru-paru pada Ogos 2018, arwah sanggup mengambil cuti separuh gaji untuk menjaga ibunya.

"Sehingga ke akhir hayat mak dia di IKN (Institut Kanser Negara), dia antara yang ajar mak kalimah syahadah.

"Damailah di sana wahai suamiku," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan Dr Ali meninggal dunia akibat penyakit lain dan bukan disebabkan terlalu penat kerana beban tugas menangani Covid-19.

Kematian doktor itu juga tiada kaitan dengan keletihan semasa bertugas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!