Nur Sajat mengaku tidak bersalah berpakaian wanita

Sajat - Foto Bernama
Sajat - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, 6 Januari lalu, atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.

Menurut sumber, Muhammad Sajjad, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Mengikut pertuduhan, dia sebagai seorang lelaki didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabkan Islam dipandang hina.

Kejadian didakwa dilakukan ketika majlis bacaan Yasin dan solat hajat di premis kecantikannya di Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi di sini pada jam 7.30 malam, 23 Februari 2018 lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain.

Muhammad Sajjad kemudiannya dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dan mahkamah menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Nur Sajat menangis dalam keadaan bergari.

Artikel Berkaitan:

Nur Sajat menerusi Instagram miliknya mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seakan melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat JAIS di sini.

Dia turut mendakwa, dilayan dengan buruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

Dalam pada itu, JAIS mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Muhammad Sajad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!