Berpantang maut sebelum ajal

Mangsa di bawa ke ambulans selepas terjatuh di Bukit Merah, Felda Padang Piol, Jerantut hari ini.
Mangsa di bawa ke ambulans selepas terjatuh di Bukit Merah, Felda Padang Piol, Jerantut hari ini.
A
A
A

JERANTUT - Seorang wanita nyaris maut apabila terjatuh di Bukit Merah, Felda Padang Piol, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi tadi, Norlizawati Mohamed Nawi, 35, yang juga seorang peniaga mengalami kecederaan di bahagian kepala dan pinggang selepas tergelincir ketika menuruni bukit terbabit.

Rakan mangsa, Norizan Idris, 36, berkata, dia bersama mangsa dan dua lagi rakannya mendaki bukit berkenaan, 8 pagi tadi.

"Kami sampai di puncak pada ketinggian 370 meter itu kira-kira sejam kemudian dan bergerak turun semula selepas itu.

"Ketika berada di ketinggian 300 meter, Norlizawati tiba-tiba tergelincir dan jatuh serta bergolek beberapa meter sebelum badannya tersangkut pada sebatang pokok," katanya.

Menurutnya, dia bersama-rakannya meminta pertolongan daripada pendaki lain yang turut berada di tempat kejadian sebelum menghubungi pihak berkuasa.

"Keadaan dan kecederaan yang dialaminya menyebabkan pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terpaksa mengusungnya untuk dibawa turun," ujarnya.

Menurutnya, mangsa memang menggemari aktiviti mendaki dan kejadian itu adalah yang pertama kali menimpanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Osman Malik dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut berkata, empat anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.19 pagi.

"Semasa tiba di tempat kejadian, beberapa anggota APM telah tiba lebih awal dan menguruskan mangsa untuk dibawa turun menggunakan alat pengusung," jelasnya.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Jerantut untuk menerima rawatan selanjutnya.

"Kita juga menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati apabila melakukan aktiviti pendakian,"ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!