Beri alasan nak beli ikan, daging untuk rentas daerah

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyerahkan kit makanan kepada barisan hadapan yang diwakili Abdul Majid di SJR Plaza Tol Ayer Keroh, di sini, pada Rabu.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyerahkan kit makanan kepada barisan hadapan yang diwakili Abdul Majid di SJR Plaza Tol Ayer Keroh, di sini, pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Alasan untuk membeli barangan makanan basah seperti ikan dan daging selalu dijadikan alasan oleh orang ramai yang ditahan di sekatan Jalan Raya (SJR) ketika cuba merentas daerah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. yang sedang dilaksanakan ketika ini susulan penularan Covid-19.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali mendedahkan, kebanyakan individu yang memberikan alasan tidak munasabah itu berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.

"Semalam (Selasa) sebanyak 30,332 kenderaan diperiksa di semua SJR di negeri ini dan daripada jumlah itu 21 diarah berpatah balik atas pelbagai alasan termasuk alasan seperti dinyatakan (beli barang makanan basah).

"Setakat ini kita tidak mengeluarkan kompaun tetapi mereka diminta berpatah balik," katanya kepada pemberita selepas penyampaian sumbangan kit makanan di SJR Plaza Tol Ayer Keroh, di sini, pada Rabu.

Abdul Majid menambah, sebanyak 52 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memakai pelitup muka serta premis yang tidak dibenarkan dibuka namun tetap beroperasi melalui pemantauan dijalankan oleh 77 pasukan pemantau.

"Bagaimanapun kita mendapati tahap pematuhan di Melaka ialah sekitar 97.5 peratus iaitu sedikit meningkat berbanding sebelum ini 95 peratus," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!