Timbalan Ketua Menteri wilayah Bangsamoro meninggal dunia

Abdul R. Sahrin
Abdul R. Sahrin
A
A
A

MANILA - Timbalan Ketua Menteri wilayah autonomi Bangsamoro di selatan Filipina meninggal dunia pada Rabu, menurut kenyataan pemerintah.

Agensi Anadolu melaporkan, Allahyarham Abdul R Sahrin meninggal dunia di Zamboanga di Semenanjung Zamboanga selepas sekian lama menghidap tumor otak.

Abdul yang turut dikenali sebagai 'Hassan Jawali' dan 'Cong' dalam kalangan penyokongnya juga adalah setiausaha Barisan Pembebasan Hadapan Moro (MNLF) dan anggota Parlimen Pihak Berkuasa Peralihan Bangsamoro.

"Beliau adalah tokoh penting memperjuangkan hak kita untuk menentukan nasib sendiri dan berkongsi visi Bangsamoro mengenai keamanan dan progresif," kata penyokongnya. - Agensi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!