Ancaman bom palsu di Mahkamah Agung AS

Pasukan keselamatan berkawal di hadapan Mahkamah Agung AS di Washington menjelang majlis pelantikan Biden pada Rabu. - Foto: AFP
Pasukan keselamatan berkawal di hadapan Mahkamah Agung AS di Washington menjelang majlis pelantikan Biden pada Rabu. - Foto: AFP
A
A
A

WASHINGTON - Satu ancaman bom diterima di Mahkamah Agung menjelang majlis pelantikan bakal Presiden ke-46 Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

"Pemeriksaan telah dijalankan di seluruh bangunan dan pihak berkuasa gagal menemui sebarang objek mencurigakan," ujar mahkamah itu dalam satu kenyataan.

Difahamkan, mahkamah itu terletak di sebelah bangunan Capitol yang akan menjadi lokasi acara Biden bersama Naib Presiden, Kamala Harris mengangkat sumpah jawatan.

Sejak akhir minggu lalu, kawalan keselamatan di bandar itu telah diperketatkan susulan insiden pencerobohan dilakukan penyokong bekas Presiden Donald Trump pada 6 Januari lalu. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Donald Trump tinggalkan Rumah Putih

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!