Kamala Harris angkat sumpah jawatan Naib Presiden AS
WASHINGTON - Bekas Senator California, Kamala Harris menjadi wanita pertama mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden baharu Amerika Syarikat (AS).
Upacara itu diadakan di hadapan Hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor di Capitol, Washington.
Harris, 56, adalah wanita berketurunan Asia Selatan dan kulit hitam pertama memegang jawatan itu. - AFP
ARTIKEL BERKAITAN: Trump ikuti proses pelantikan Biden
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!