Joe Biden angkat sumpah jawatan Presiden baharu AS
WASHINGTON - Selepas berdepan pelbagai halangan dan cubaan untuk membatalkan keputusan pilihan raya pada November lalu, Joe Biden akhirnya mengangkat sumpah jawatan Presiden ke-46 Amerika Syarikat (AS) di Capitol, Washington pada Rabu sekali gus mengakhiri penggal pentadbiran pendahulunya, Donald Trump yang sering dihimpit kontroversi.
Biden, 78, melakukan upacara angkat sumpah itu di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung, John Roberts.
Bekas Naib Presiden itu menerusi ucapannya turut menggelar acara bersejarah itu sebagai 'hari demokrasi' yang membawa harapan dan melakar sejarah baharu.
Beliau turut menggesa perpaduan untuk memulihkan semula negara itu yang terjejas teruk akibat ancaman pandemik Covid-19.
Selain itu, Biden juga berikrar untuk menjadi Presiden kepada seluruh rakyat Amerika dan memerangi keganasan domestik serta pelampau kulit putih selepas negara itu digemparkan dengan insiden pencerobohan ke atas Capitol kira-kira dua minggu sebelum pelantikan beliau. - AFP
ARTIKEL BERKAITAN: Kamala Harris angkat sumpah jawatan Naib Presiden AS
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!