Lembaran baharu AS
21 Januari 2021 01:45am
Masa membaca: 4 minit
Wanita Pertama, Jill berada di sisi suaminya ketika beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung, John Roberts.
Kamala Harris (tengah) memeluk erat suaminya, Doug Emhoff selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden ke-49 AS di hadapah Hakim Mahkamah Agung Sonia Sotomayor.
Kamala Harris ketika mengangkat sumpah jawatan yang turut disaksikan Biden (kiri).
Bekas Naib Presiden, Mike Pence dan isteri, Karen turut hadir pada majlis pelantikan Biden.
Bekas Presiden ke-43 AS, George W Bush (kiri) dan bekas Presiden ke-44 AS, Barack Obama bersama isteri, Michelle hadir pada upacara pelantikan Biden.
Tetamu khas yang hadir pada majlis itu mendengar ucapan Biden yang kini bergelar Presiden baharu AS.
Pelantikan Joe Biden sebagai Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) telah melakar sejarah baharu di negara itu. Penganjur acara itu turut melaksanakan kawalan keselamatan ketat termasuk mengerahkan ribuan anggota Pengawal Negara berikutan ancaman yang semakin meningkat sejak minggu lalu. Majlis yang diadakan ketika musim pandemik Covid-19 itu bagaimanapun berjalan lancar seperti yang dirancang.
Sumber foto: AFP