Mi segera VIT’S sah halal sejak 1980

VIT’S memberi jaminan bahawa produk yang berada di pasaran memenuhi piawaian halal dan selamat dimakan.
VIT’S memberi jaminan bahawa produk yang berada di pasaran memenuhi piawaian halal dan selamat dimakan.
A
A
A

PENGELUAR makanan berasaskan mi segera jenama VIT’S memenuhi piawaian halal dan selamat dimakan.

Menjelaskan isu yang tular di media sosial baru-baru ini, Pengarah Pembangunan VIT’S, YT Lai berkata, syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1975 itu memiliki perakuan sijil Halal Malaysia sejak tahun 1980-an.

Beliau memberi jaminan, produk VIT’S yang berada di pasaran adalah memenuhi piawaian halal dan selamat untuk dimakan.

“Pengguna boleh terus menggunakan produk kami tanpa ragu-ragu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, premis VIT’S dilawati oleh pegawai Unit Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pemeriksaan berkala pada September tahun lepas.

“Pemeriksa telah mengutarakan isu-isu teknikal yang berkaitan dengan kebersihan di bahagian pemprosesan seperti peralatan tidak disimpan, kelalaian pekerja, mesin tidak digunakan tidak bertutup, dijumpai putung rokok di kawasan bukan untuk merokok serta seorang pekerja berkuku panjang.

Dari kiri: Chumihati, YT Lai, Pegawai Kawalan Kualiti, Siti Norulain Rani dan Pegawai Pemasaran Antarabangsa, Baizura Mohd Tazri pada sidang akhbar di ibu negara baru-baru ini.
Dari kiri: Chumihati, YT Lai, Pegawai Kawalan Kualiti, Siti Norulain Rani dan Pegawai Pemasaran Antarabangsa, Baizura Mohd Tazri pada sidang akhbar di ibu negara baru-baru ini.

“VIT’S telah mengambil tindakan sewajarnya untuk penambahbaikan terhadap isu-isu yang telah diutarakan oleh pihak JAIS dan sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan semula oleh JAIS,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pegawai Halal di Bahagian Halal Vit Makanan KL Sdn Bhd, Chumihati Kajumi berkata, VIT’S merupakan satu daripada 300 syarikat yang menunggu giliran untuk diperiksa.

“Kami akur dengan giliran yang ditetapkan memandangkan situasi pandemik yang membataskan jadual pegawai JAIS untuk membuat pemeriksaan buat masa ini,” katanya.

Katanya, VIT’S memohon orang ramai untuk menghentikan penyebaran sebarang maklumat palsu yang boleh mengundang salah faham.

Beliau berkata, pengguna boleh berurusan terus kepada VIT’S untuk sebarang pertanyaan dan mendapatkan status terkini di portal rasmi mereka di www.vitsnoodles.com.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!