Tesco anjur kempen Ong Sana, Ong Sini
TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd menawarkan pelbagai produk istimewa sempena Tahun Baharu Cina, melalui kempen Ong Sana, Ong Sini yang berlangsung sehingga 24 Februari nanti.
Pengarah Pelanggan Tesco, Vivian Yap berkata, kempen kali ini diadakan dalam suasana mencabar berikutan pandemik Covid-19.
"Perayaan Tahun Baharu Cina kali ini dinanti-nantikan bagi menandakan permulaan yang baik selepas berdepan tempoh mencabar tahun lalu.
"Justeru kempen 'Ong Sana, Ong Sini' memberi ruang kepada pelanggan untuk mendapatkan pelbagai tawaran dari Tesco pada harga yang memuaskan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, sambutan Tahun Baharu Cina tidak akan bermakna tanpa majlis makan malam bersama keluarga yang sinonim dengan perayaan itu.
Justeru katanya, bagi memberikan pengalaman menarik bersama keluarga yang bermakna, Tesco akan membawakan antaranya udang kara Kanada sejuk beku pada harga RM49.88 setiap satu, udang Australia (RM38.88 per/kilogram) serta abalone (RM3.88 setiap satu).
"Selain itu, kami turut menawarkan jenama Tesco (TOB) yang 90 peratus dihasilkan di Malaysia. Melalui pembelian produk TOB, ia secara tidak langsung menyatakan sokongan kepada peniaga tempatan yang mungkin terjejas akibat pandemik Covid-19," katanya.
Menurutnya, semua tawaran berkenaan disediakan di pasar raya Tesco dan melalui platform membeli-belah, Tesco Online.
Vivian berkata, Tesco akan mengadakan sesi siaran langsung di Facebook pada 22 Januari ini selama 12 jam dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk tahun kedua berturut-turut yang akan menawarkan pelbagai produk pada harga istimewa.
Katanya, Tesco juga mengadakan tiga pertandingan sepanjang tempoh kempen Ong Sana, Ong Sini untuk pelanggan mencuba nasib memenangi hadiah lumayan.
Beliau berkata, menerusi peraduan Beli dan Ong, pelanggan berpeluang memenangi baucar tunai bernilai RM880,000 dan sesi perundingan bersama Datuk Joey Yap sehingga 7 Februari 2021.
Sementara itu katanya, sSetiap pelanggan yang membelanjakan RM288 dalam resit untuk pembelian di Tesco Online sehingga 14 Februari 2021 akan dapat memenangi baucar tunai melalui Peraduan Shake and Win Tesco Online.
"Pelanggan yang membelanjakan minimum RM50 dalam satu resit di medan selera Tesco atau penyewa sehingga 14 Februari pula akan dapat memenangi baucar tunai dan komputer riba Lenovo," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!