Pemimpin Kanada jadi pilihan pertama panggilan telefon Biden

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A

WASHINGTON - Panggilan telefon pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersama pemimpin asing dijadual pada Jumaat dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, lapor Agensi Berita Sputnik.

"Panggilan pertama beliau dengan pemimpin asing - dijadualkan pada Jumaat dengan Perdana Menteri Trudeau. Saya menjangka mereka akan membincangkan hubungan penting AS dengan Kanada serta keputusannya mengenai saluran paip Keystone yang kami umumkan hari ini," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki dalam taklimat media.

Terdahulu, Trudeau dalam satu kenyataan berkata "kecewa" dengan keputusan Biden untuk membatalkan projek saluran paip Keystone XL. Saluran paip itu dirancang untuk menyalurkan minyak mentah 1,700 batu dari Alberta, Kanada ke Nebraska AS untuk disambungkan dengan saluran paip sedia ada.

Psaki menambah setakat ini belum ada perancangan sama ada Biden akan menghubungi Presiden Rusia, Vladimir Putin. Menurutnya panggilan telefon yang akan dibuat Biden pada peringkat awal ini hanya membabitkan rakan kongsi dan sekutu AS. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Biden angkat sumpah jawatan Presiden baharu AS

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!