YaPIEM hantar 500 tilam ke Raub

Zulkifli (tengah) bersama pengurusan YaPIEM pada perlepasan sumbangan tilam ke Raub, Pahang di Kompleks Islam, Putrajaya pada Khamis.
Zulkifli (tengah) bersama pengurusan YaPIEM pada perlepasan sumbangan tilam ke Raub, Pahang di Kompleks Islam, Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 500 tilam disumbangkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada 250 keluarga yang terjejas akibat banjir di Raub, Pahang.

Dalam kenyataannya YaPIEM berkata, barangan tersebut dihantar menggunakan treler pada Khamis.

Misi Bantuan program Musaadah itu disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri di Kompleks Islam, dekat sini.

Setiap keluarga akan menerima dua tilam bagi membantu meringan beban akibat kemusnahan harta benda terutamanya golongan B40.

Hadir sama pada majlis perlesapan itu ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan dan barisan pengurusan utama YaPEIM.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!