Tiga tentera AS maut, helikopter terhempas di New York

Tiga tentera AS maut dalam nahas helikopter di bahagian utara New York pada Rabu. - Foto Twitter Emily Fasel
Tiga tentera AS maut dalam nahas helikopter di bahagian utara New York pada Rabu. - Foto Twitter Emily Fasel
A
A
A

ANKARA - Tiga tentera Amerika Syarikat (AS) maut dalam nahas helikopter di bahagian utara New York pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Anggota dari skuad 101st Calvary itu sedang menjalankan misi bantuan perubatan, sebelum helikopter dinaiki terhempas dekat bandar Mendon, selatan Rochester, menurut kenyataan pihak tentera.

Staf Sarjan Joseph Dunn dari Buffalo, Prebet Haylee Seefeldt dari Medina dan Koperal oseph Clement dari Auburn, turut membantu Polis Negeri New York mengawal keselamatan di Capitol sempena upacara pelantikan rasmi Presiden Joe Biden.

Punca nahas sedang disiasat.

Syerif daerah Monroe Todd Baxter berkata di Twitter helikopter itu terhempas di kawasan ladang.

Dalam satu kenyataan berasingan Gabenor New York, Andrew M Cuomo sedih dengan kejadian itu dan mengarahkan bendera dikibar separuh tiang sebagai menghormati mangsa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!