Dua kontena kayu pine dari China dirampas

Maqis Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk kayu spesis pine wood litter dari China di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini pada Rabu.
Maqis Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk kayu spesis pine wood litter dari China di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini pada Rabu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk kayu spesis pine wood litter dari China di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini pada Rabu.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, kayu pine berkenaan dikesan cuba dibawa masuk menggunakan dua kontena semasa anggotanya menjalankan pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan kontena NBCT kira-kira jam 4.55 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati jumlah keseluruhan kayu berkenaan sebanyak 36,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM63,378.79.

Kayu pine dari China yang dirampas oleh Maqis di NBCT pada Rabu.
Kayu pine dari China yang dirampas oleh Maqis di NBCT pada Rabu.

"Kesemua dagangan tersebut ditahan kerana gagal mengemukakan permit import yang sah yang dikeluarkan oleh Maqis.

"Sebanyak 3,600 paket yang seberat 10 kilogram setiap paket itu diimport untuk kegunaan haiwan kesayangan seperti kucing, anjing dan lain-lain," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Khamis.

Zarina berkata, pengimportan kayu tanpa permit import yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Maqis sentiasa bersedia untuk melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan, bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat di negara ini.

INFO

PINE WOOD LITTER

- Dihasilkan daripada serbuk kayu pine

- Dijual dalam bentuk palet

- Diletakkan dalam bekas najis haiwan peliharaan

- Berfungsi menyerap bau najis haiwan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!