PM Mongolia letak jawatan

Khurelsukh Ukhnaa
Khurelsukh Ukhnaa
A
A
A

ULAANBAATAR - Perdana Menteri Mongolia, Khurelsukh Ukhnaa meletak jawatan pada Khamis susulan berdepan bantahan dan kemarahan awam terhadap layanan buruk yang diterima seorang pesakit Covid-19 dan bayi yang baru dilahirkannya.

Protes tercetus pada awal minggu lalu selepas rakaman TV menunjukkan seorang wanita memeluk erat anaknya yang baru lahir ketika dipindahkan ke pusat penyakit berjangkit dengan hanya memakai baju hospital dan selipar walaupun suhu ketika itu mencecah - 25 darjah celsius.

Insiden tidak berperikemanusiaan itu turut mencetuskan demonstrasi disertai kira-kira 5,000 penunjuk perasaan di luar bangunan kerajaan di Ulaanbaatar pada Rabu hingga memaksa ahli politik negara itu membuat permohonan maaf bagi pihak kerajaan.

Kebanyakan daripada mereka turut melaungkan slogan menuntut pengunduran individu yang terbabit dalam kejadian itu.

"Kami membuat kesilapan ketika memindahkan pesakit itu. Saya sangat kesal melihat dia dilayan seperti itu. Sebagai perdana menteri, saya akan bertanggungjawab di atas kejadian itu," ujarnya.

Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai Suruhanjaya Kecemasan Kebangsaan untuk menangani pandemik Covid-19 dan Menteri Kesihatan serta ketua pusat di hospital berkenaan juga mengambil langkah sama sehari sebelum Ukhnaa membuat pengumuman itu.

Difahamkan, Ukhnaa pernah terselamat dalam undian Parlimen yang mahu menyingkirkannya berhubung skandal rasuah pada 2018, setahun selepas pendahulunya dipecat atas tuduhan rasuah.

Susulan pengunduran perdana menteri terbabit, Presiden Battulga Khaltmaa akan kekal memegang tampuk pemerintahan negara di Asia Tengah itu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!