539 projek infrastruktur dirancang KPLB
PUTRAJAYA - Sebanyak 539 projek infrastruktur dirancang oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sepanjang tahun ini meskipun berdepan kekangan penularan pandemik Covid-19.
Menterinya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, projek tersebut termasuk sambungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) yang perlu diberi keutamaan, disegerakan dan dipantau rapi.
"Ini bagi memastikan pelaksanaan projek berkaitan dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan," katanya dalam Amanat Tahun Baru KPLB yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook kementerian itu pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!