LZS sahkan wanita tular mencuri asnaf berdaftar

Hantaran LZS di Facebook pada Khamis.
Hantaran LZS di Facebook pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan wanita yang tular di media sosial selepas ditahan kerana tidak membayar kuih, sosej dan 'KoolFever' di sebuah pasar raya merupakan asnaf berdaftar di bawah agensi itu.

LZS menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Khamis memaklumkan keluarga tersebut telah berdaftar sejak tahun 2018 dan menerima bantuan kewangan bulanan, perayaan dan keperluan sekolah.

"Namun begitu, prihatin dengan apa yang berlaku, kami akan melihat semula keperluan keluarga ini dan permasalahan mereka," katanya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis PJ bantu wanita ditahan curi makanan, ubat untuk anak

Terdahulu, Polis Daerah Petaling Jaya memberi bantuan kepada wanita berkenaan pada Rabu.

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu, namun tiada tindakan lanjut diambil ke atasnya.

Laporan Sinar Harian berkenaan wanita ditangkap kerana tidak membayar kuih, sosej dan 'KoolFever' di sebuah pasar raya yang kisahnya tular di media sosial baru-baru ini.
Laporan Sinar Harian berkenaan wanita ditangkap kerana tidak membayar kuih, sosej dan 'KoolFever' di sebuah pasar raya yang kisahnya tular di media sosial baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!