Guaido tidak tolak campur tangan tentera AS di Venezuela

Juan Guaido tidak menolak kemungkinan campur tangan tentera AS bagi menggulingkan Presiden Nicolas Maduro. - Foto AFP
Juan Guaido tidak menolak kemungkinan campur tangan tentera AS bagi menggulingkan Presiden Nicolas Maduro. - Foto AFP
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido tidak menolak kemungkinan campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara itu bagi menggulingkan Presiden Nicolas Maduro.

Dalam temuramah eksklusif bersama AFP semalam, Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden tidak menolak 'bantuan' tentera AS demi menyingkirkan pentadbiran Maduro dan pada masa sama menyelesaikan krisis kemanusiaan di Venezuela.

Pemimpin Perhimpunan Kebangsaaan berkenaan, berhasrat mewujudkan kerajaan peralihan sekali gus mengadakan pilihan raya baharu yang telus.

Guaido, 35, turut menggesa tentera kebangsaan Venezuela membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan AS yang kini terkandas di sempadan Colombo.

Maduro bagaimanapun, enggan menerima sebarang bentuk bantuan antarabangsa terutama dari AS yang dianggap cuba menggulingkan kerajaan beliau. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan kemanusiaan AS kandas di sempadan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!