Barah rasuah perlu dirawat

Pemuda UMNO Pulau Pinang menyambut baik gerakan dilakukan Sinar Harian dalam memerangi rasuah yang menjadi musuh utama negara pada saat ini. Gambar kecil: Rosesarwandi
Pemuda UMNO Pulau Pinang menyambut baik gerakan dilakukan Sinar Harian dalam memerangi rasuah yang menjadi musuh utama negara pada saat ini. Gambar kecil: Rosesarwandi
A
A
A

GEORGETOWN - Pemuda UMNO Pulau Pinang menyambut baik gerakan dilakukan Sinar Harian dalam memerangi rasuah yang menjadi musuh utama negara pada saat ini.

Ketuanya, Rosesarwandi Saad @ Yaacob berkata, usaha murni sedemikian wajar diambil peduli oleh semua pihak agar budaya tempang ini dapat dikeluarkan dari norma masyarakat hari ini.

"Ini termasuklah segala sogokan dan pemberian berbentuk hadiah kepada mana-mana yang terlibat dalam usaha untuk memperoleh kontrak daripada badan-badan yang terlibat.

"Perbuatan terkutuk ini ternyata kelihatan seperti barah di mata rakyat dan ia mestilah dirawat," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Rosesarwandi berkata, sebagai negara yang menjunjung perintah Islam, ternyata moral dan integriti menjadi pegangan dalam sistem pentadbiran yang baik perlu diangkat serta dijadikan kiblat utama.

Katanya, langkah itu perlu terutamanya dalam membuktikan polemik pentadbiran yang efisien dan jelas.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru semua rakyat di negara ini menjadi mata dan telinga untuk membanteras rasuah yang menjadi pengkhianat besar kepada sistem pentadbiran negara.

Asyraf dalam kenyataan pada Selasa juga turut menyeru ahli UMNO menanam tekad dan keazaman dalam menentang rasuah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!