Ahli politik ditahan jual, proses dadah

Saiful Azly
Saiful Azly
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang ahli politik ditahan selepas dipercayai mengedar dadah di Pudu, di sini, pada Rabu.

Difahamkan, suspek berusia 35 tahun itu adalah bekas calon bagi satu kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, ditahan kira-kira jam 1.45 petang dan turut dirampas polis adalah cecair disyaki dadah jenis ketamin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 40 botol mengandungi 400 milimeter (ml) cecair dadah, wang tunai RM250 selain sebuah motosikal.

Menurutnya, pihaknya menyerbu rumah suspek di Ampang, Selangor pada jam 7.30 petang.

"Pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemui sembilan pokok ganja dianggarkan bernilai RM4,500, daun kering disyaki ganja (RM3,000) serta cecair dadah disyaki ketamin dan THC (RM53,100)," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, difahamkan suspek menghasilkan sendiri dadah berkenaan dengan campuran ganja dan ketamin sebelum menjualnya pada harga RM300 sebotol.

Katanya, ketika soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kegiatan itu sejak Oktober lalu.

"Suspek direman tujuh hari sehingga 27 Januari. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6B akta sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, isteri bersama pembantu rumah suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!