Enam maut insiden letupan di selatan India
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya enam pekerja kuari terbunuh dalam insiden letupan di Karnataka, selatan India.
Kejadian berlaku apabila sebuah trak membawa jejari gelatin meletup di daerah Shivamogga pada Khamis malam, kata seorang pegawai kepada media tempatan.
Pegawai di Karnataka pada Jumaat berkata siasatan telah dijalankan berhubung kejadian itu.
"Kehilangan nyawa di Shivamogga sangat mendukacitakan. Takziah kepada keluarga yang sedang bersedih.
"Kami mendoakan mereka yang cedera segera pulih.
"Kerajaan negeri sedang cuba menyediakan bantuan untuk disalurkan kepada mereka yang terjejas," tulis Perdana Menteri India Narendra Modi di Tweeter. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!