Tiada ahli Armada terlibat kes ganja
SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) mengesahkan tiada dalam kalangan ahlinya yang ditahan kerana memiliki ganja seperti yang dilaporkan.
Menurut sayap pemuda parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, sebarang salah laku dalam kalangan ahli akan dibawa ke peringkat tertinggi bagi tindakan tatatertib.
"Kami akan serahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan seorang ahli sebuah biro dalam Armada telah ditangkap polis pada 20 Januari atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.
Suspek yang berusia 35 tahun telah ditahan pada Rabu lalu di Fraser Business Park di Kuala Lumpur atas kesalahan memiliki barang terlarang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!