KPM rangka program transisi

KPM merangka program transisi bagi memudahkan peralihan murid sekolah rendah dan menengah daripada satu tahun ke satu tahun.
KPM merangka program transisi bagi memudahkan peralihan murid sekolah rendah dan menengah daripada satu tahun ke satu tahun.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka program transisi bagi memudahkan peralihan murid sekolah rendah dan menengah daripada satu tahun ke satu tahun atau dari satu tingkatan ke satu tingkatan lain.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, langkah itu diambil susulan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini.

"Contohnya jika terdapat jurang dari segi pembelajaran murid prasekolah contohnya daripada tahun ini mereka naik ke tahun satu.

"Bagaimana kita hendak pastikan daripada segi kesediaan mereka dan bagaimana kita hendak mempersiapkan mereka sebelum mengikuti pembelajaran di tahun satu (secara formal).

"Jadi program transisi yang saya sebut ini (adalah) bagi membantu dari segi proses tersebut," katanya pada sidang media secara dalam talian (online) berkaitan Pengoperasian Sekolah Tahun 2021 menerusi aplikasi Webex pada Jumaat.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Habibah memaklumkan pihaknya juga turut menambah baik penjajaran kurikulum.

Katanya, penambahbaikan itu bagi melihat kurikulum yang merupakan teras, tambahan atau pelengkap di dalamnya.

"Ini juga bagi membolehkan kurikulum itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya oleh guru bersama murid," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!