Jangan salah guna kebenaran beriadah: MB Selangor

Tangkap layar video yang memaparkan lebih 10 individu melakukan aktiviti berbasikal secara berkumpulan di Sungai Buloh.
Tangkap layar video yang memaparkan lebih 10 individu melakukan aktiviti berbasikal secara berkumpulan di Sungai Buloh.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meminta orang ramai tidak menyalahguna kebenaran beriadah yang diberikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Twitternya pada Sabtu Amirudin berkata, kebenaran itu tidak wajar disalahguna hingga menyebabkan kemudaratan kepada individu lain.

“Kebenaran untuk beriadah ketika PKP ini sewajarnya tidak disalahguna hingga boleh menyebabkan kemudaratan kepada individu lain.

“Patuhi SOP (prosedur operasi standard) dalam setiap tindakan dan aktiviti untuk melindungi diri dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengulang siar kenyataan berserta video di Twitternya yang memaparkan lebih 10 individu melakukan aktiviti berbasikal secara berkumpulan di Sungai Buloh.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan orang ramai diberi kebenaran melakukan beberapa aktiviti riadah sepanjang tempoh PKP antaranya joging dan berbasikal namun terhad secara bersendirian saja dengan jarak dua meter daripada individu lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!