Kerajaan PN tak bersedia sentuh golongan kaya, kata Anwar
SHAH ALAM - Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) didakwa tidak bersedia untuk menyentuh kekayaan golongan kaya.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini dapat dilihat dengan keperitan dan kesengsaraan rakyat yang dialami pada masa kini.
“Dalam soal moratorium ini sebagai contoh mengapa saya mendesak supaya ia diberi pertimbangan kerana kita lihat keuntungan yang dicatat oleh bank itu masih amat lumayan. Ini umpamanya pendekatan ekonomi yang harus kita cuba ubah suai sedikit.
“Dalam keadaan orang sengsara, kita masih dapati syarikat-syarikat untungnya berbilion. Tak ada ke satu sifat perikemanusiaan untuk mengurangkan beban rakyat yang di bawah. Orang ini nak fikir pasal makan, pelajaran anak anak dia dan nak beli susu.
“Ini berlaku apabila Ketua Polis Daerah Petaling Jaya membantu ibu tunggal yang terpaksa mencuri untuk memberi makanan kepada anak dia,” katanya dalam Program Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).
Program berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Facebook MPN pada Sabtu dan ia dikendalikan oleh Felo MPN, Dr Muhammad Asri Mohd Ali sebagai moderator. Turut sama dalam bicara berkenaan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!