Rayuan Puteri UMNO demi parti keramat

Nurul Amal Mohd Fauzi
Nurul Amal Mohd Fauzi
A
A
A

KOTA BHARU - Puteri UMNO pada Ahad berharap semua isu berbangkit dapat diselesaikan secara kekeluargaan terutama dalam kemelut parti politik belum berkesudahan.

Naib Ketua Puteri, Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, masalah dalaman parti mungkin menjadikan rakyat muak dengan politik negara yang akhirnya merugikan UMNO.

“Andai ada sebarang isu yang timbul semalam, hari ini atau di kemudian hari, sama-samalah kita bincang secara tertutup dan bermuafakat kerana itulah yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Nurul Amal berkata, parti juga perlu mengambil kira pendapat pemimpin dan akar umbi.

“Kita percaya setiap pemimpin dan kepimpinan di setiap peringkat mempunyai kekuatan dan itu boleh diterjemahkan untuk terus Bersatu-Bersetia-Berkhidmat kepada parti," katanya.

Beliau turut menggesa masalah masalah berkenaan diselesaikan mengikut perlembagaan dan peraturan parti.

Dalam suasana kemelut politik hari ini apa yang sebenarnya kita mahukan? Saya dengan rendah hati mencadangkan lebih elok kita bergerak ke hadapan untuk mengembalikan sokongan penuh pengundi kepada parti kita terutama golongan muda.

“Rakyat di luar sana ramai yang masih terkesan dengan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan, datangnya pula bencana banjir, dan kini masalah pembelajaran anak-anak dan pelajar institusi pengajian tinggi, peniaga kecil, frontliners yang bertungkus-lumus siang malam berkhidmat untuk rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Usah tambah kecamuk, duka dan survival mereka, namun yang paling utama ialah memperjuang nasib segenap lapisan warga Malaysia,” katanya.

Katanya, hal parti jika pun ada masalah Puteri UMNO percaya dan yakin dengan kewibawaan Majlis Kerja Tertinggi yang bertanding dan dilantik bijaksana membuat keputusan terbaik dari masa ke masa.

“Kepada ALLAH SWT kita berdoa supaya mereka diberi kelapangan dan kemudahan dan membuat segala perhitungan terbaik parti.

“Mari bersama-sama kita cari jalan supaya pemimpin muda hari ini, memberi nilai tambah kepada parti untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!