Pemandu lori ditahan seludup benih kerang RM150,000
SEKINCHAN - [DIKEMASKINI] Seorang pemandu lori ditahan ketika cuba menyeludup keluar 100 guni benih kerang bernilai RM150,000 dalam satu operasi di Sekinchan di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, lelaki berusia 30-an itu ditahan sepasukan anggota Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Pelabuhan Klang, Jabatan Perikanan Negeri Selangor.
Pengarah Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, ketika pemeriksaan menemui benih kerang yang diletakkan di bahagian belakang lori tanpa sebarang dokumen yang sah dari Jabatan Perikanan Malaysia.
"Kita masih menjalankan siasatan ke mana benih kerang itu hendak dijual di pasaran. Siasatan lanjut di bawah mengikut Akta Perikanan 1985," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN: Kegiatan curi benih kerang makin berleluasa
Kepupusan kerang perlu ditangani segera
Jamal buat hal, bakar kerang depan Pejabat Perikanan
Katanya, pihaknya memandang serius kegiatan mencuri benih kerang di kawasan negeri ini selain memberi amaran tegas akan sentiasa memantau kegiatan haram ini.
Menurutnya, pihaknya turut membuat beberapa tangkapan dan sitaan anak kerang, kenderaan darat dan peralatan tangkapan melalui operasi 'Black Gold' yang dilancarkan pada 17 Disember tahun lalu.
"Objektif operasi ini bertujuan membanteras kegiatan mencuri benih dan anak kerang di perairan Selangor," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!