Kebakaran Gunung Baling mula berkurangan
Penolong Penguasa Bomba, Ketua Balai Baling, Jamil Mat Daud berkata, 7 "water bombing" dibuat pagi tadi menggunakan helikopter MI17.
Menurutnya, bermula esok penggunaan helikopter tidak digunakan melainkan jika keadaan memaksa.
"Helikopter MI17 kembali semula ke Pengkalan Udara Subang Selangor bagi menjalani pemeriksaan selama seminggu" katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Katanya, operasi hari ini turut menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bagi memadam kebakaran di lereng-lereng gunung berhampiran penempatan penduduk.
"Buat waktu ini kita guna dua kaedah untuk padamkan kebakaran.
"Pertama menggunakan jentera ALP dan kedua memadam kebakaran menggunakan khidmat lebih 85 anggota terdiri anggota bomba, pelbagai agensi dan malim gunung,"katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!