Pasar Borong Pandan ditutup seminggu berikutan kes Covid-19

Pasar Borong Pandan dekat Kangkar Tebrau di sini ditutup selama tujuh hari bermula Ahad hingga 31 Januari depan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan selepas terdapat kes positif Covid-19 di pasar berkenaan.
Pasar Borong Pandan dekat Kangkar Tebrau di sini ditutup selama tujuh hari bermula Ahad hingga 31 Januari depan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan selepas terdapat kes positif Covid-19 di pasar berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Pasar Borong Pandan dekat Kangkar Tebrau di sini ditutup selama tujuh hari bermula Ahad hingga 31 Januari bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan di pasar berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu ketika dihubungi Bernama mengesahkan penutupan berkenaan dan memaklumkan bahawa notis perintah tutup premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pagi Ahad.

Beliau berkata, pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

"Apabila sempurna kerja-kerja sanitasi disahkan oleh KKM, pasar berkenaan sudah boleh dibuka," katanya di sini pada Ahad.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru, Tai Wah Sun berkata pemilik, peniaga ikan dan sayuran termasuk pekerja dan pemandu lori di Pasar Borong Pandan telah mengambil inisiatif menjalani ujian saringan kesihatan meskipun notis penutupan pasar dikeluarkan pagi Ahad.

Katanya, kebanyakan warga pasar berkenaan sudah menjalani ujian saringan beberapa hari sebelumnya sebagai tindakan awal pencegahan penularan Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!