Difitnah, Abby Abadi buat laporan polis

Abby
Abby
A
A
A

KESAL dengan sikap tidak bertanggungjawab seseorang yang menabur fitnah, pelakon, Abby Abadi telah membuat laporan polis, kelmarin.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, dia sendiri tidak pasti apa puncanya, namun keputusannya untuk berdiam diri sebelum itu tidak dihargai.

Malah pihak 'sebelah sana' dilihat terus mengambil kesempatan dengan menyebarkan cerita yang tidak benar mengenainya.

"Satu kejutan bila saya buat laporan polis malam tadi (Khamis). Semua pun tak tahu sebab apa. Saya berusaha sebenarnya untuk tidak bercerita hal ini, tapi nampaknya, semakin didiamkan, berusaha sabar, menjadi-jadi pula pihak yang satu lagi.

"Block di WhatsApp, block di Instagram, gigih dia buat akaun palsu berkali-kali sebab nak memaki hamun dan menyebarkan fitnah.

"Babitkan orang itu, babitkan orang ini. Hasut sana sini. Sebarkan perkara yang tak berlaku. Buat tuduhan yang direka-reka, caki maki ikut suka hati. Jadi ini akibatnya," tulisnya di Instagram.

Jelas Abby, pada mulanya hubungannya dengan pihak terbabit baik sahaja, malah dia juga pernah membantu mengikut kemampuannya tanpa diminta.

Bagaimanapun sejak beberapa bulan ini, pihak terbabit berubah sikap.

Artikel Berkaitan:

"Baru beberapa bulan ini yang terkeluar taringnya. Rupanya selama ini ‘hasad dengki’ itu dah membiak dalam diri mereka cuma berani mengapi-apikan dan cakap belakang sahaja.

"Tapi semakin kurang ajar dan semakin biadap, yang mana saya nampak kalau dibiarkan akan terus melarat.

"Jadi keputusan terbaik, setelah difikirkan beberapa hari ini, adalah buat laporan polis supaya apa yang difitnah akan terjawab dan siasatan dapat dijalankan untuk mengetahui ‘punca’ utama kenapa pihak belah sana jadi mcm gila meroyan, menyerang, mengugut saya dan keluarga tanpa usul periksa," jelasnya.

Tambah Abby, dia pernah menggunakan saluran terbaik untuk mencapai penyelesaian termasuk mengajak berjumpa dan berbincang, namun tidak diendahkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!