Hati-hati memandu di jalan kampung yang gelap-gelemat

Antara penghadang tembok konkrit yang dipasang ketika sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara penghadang tembok konkrit yang dipasang ketika sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
A
A
A

MERAK Jalanan simpati dengan nasib seorang Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani yang cedera parah akibat terlanggar tembok pengadang jalan rentas daerah yang diletakkan di Jalan Bukit Selambau-Kuala Lesong, Kuala Ketil pada Sabtu lepas.

Berdasarkan penjelasan pihak polis, papan tanda pemakluman ‘Jalan Ditutup’ dan ‘Awas’ telah dipasang lebih kurang satu kilometer sebelum jalan yang ditutup itu.

Merak Jalanan serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasat perkara itu supaya kejadian tersebut tidak menimpa orang lain ataupun hingga menyebabkan berlaku kehilangan nyawa.

Mangsa perlu diberi bantuan kerana beliau seorang frontliner yang cedera ketika hendak pergi bertugas.

Apa yang Merak Jalanan hendak kongsikan ialah jalan di kawasan kampung sememangnya gelap-gelita. Pemanduan bergantung sepenuhnya kepada lampu kenderaan kita sendiri.

Jika lampu kenderaan bermasalah, maka bertambah rumitlah perjalanan pada malam tersebut. Ditambah pula apabila keadaan hujan dan sebagainya.

Masalah ini bukan berlaku di negeri Kedah sahaja. Di negeri lain juga sama keadaannya kerana kerajaan dan pihak berkuasa tempatan tidak akan mampu untuk memasang lampu sepanjang jalan.

Merak Jalanan sering terlihat beberapa kemalangan melibatkan penunggang motosikal dengan haiwan ternakan seperti kerbau dan lembu yang melintas jalan-jalan kampung.

Artikel Berkaitan:

Kes kerap terjadi apabila penunggang motosikal tidak sempat menekan brek kerana keberadaan haiwan itu sukar dipastikan, pertamanya warna kulit kerbau yang gelap dan keduanya persekitaran jalan yang gelap.

Oleh itu, Merak Jalanan nasihatkan pemandu dan penunggang supaya lebih berhati-hati apabila memandu di kawasan kampung dan tidak perlu tergesa-gesa kerana daripada mahu cepat akhirnya tidak sampai langsung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!