Presiden Mexico positif Covid-19
MEXICO CITY - Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador mengumumkan bahawa beliau dijangkiti Covid-19 pada Ahad.
Beliau melalui ciapan di akaun rasminya memberitahu, simptomnya sederhana dan beliau sedang menjalani rawatan.
"Saya kesal untuk memberitahu anda bahawa saya turut dijangkiti virus Covid-19.
"Simptomnya agak sederhana tetapi saya sedia untuk menjalani rawatan perubatan. Seperti biasa, saya seorang optimistik. Kita akan terus bergerak ke depan," ciapnya. - CNN
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!