Penunjuk perasaan ves kuning terus bertempur dengan polis
PARIS - PERANCIS.Pertempuran kembali meletus antara penunjuk perasaan ves kuning di Perancis dengan pihak polis susulan demonstrasi yang memasuki minggu ke-13.
Pihak polis dilapor melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun berhampiran Champs-Elysees hari ini, bertujuan untuk terus memberi tekanan kepada Presiden Emmanuel Macron.
Protes ves kuning yang disertai ratusan ribu penunjuk perasaan telah berlarutan sejak lebih tiga bulan lalu, dan kini mereka menuntut pilihan raya, namun pergerakan tersebut tidak mempunyai ketua yang dilantik serta aspirasi politik yang sama.
Sementara itu, usaha Macron untuk meredakan kemarahan penunjuk perasaan menerusi debat kebangsaan dikatakan sedikit sebanyak membuahkan hasil. - AP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!