Pemuda Pas lapor polis isu karikatur MB Kedah

Nurul Amin (kanan) bersama Habibullah selepas membuat laporan polis terhadap kartunis Zunar di IPD Padang Terap pada Isnin. - Foto Pemuda Pas Kedah
Nurul Amin (kanan) bersama Habibullah selepas membuat laporan polis terhadap kartunis Zunar di IPD Padang Terap pada Isnin. - Foto Pemuda Pas Kedah
A
A
A

KUALA NERANG – Pemuda Pas Kedah membuat laporan polis terhadap kartunis, Zunar berhubung lukisan karikatur dalam Facebook yang didakwa memberi gambaran buruk kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Ketuanya, Nurul Amin Hamid berkata, tindakan yang dilakukan oleh kartunis itu juga dilihat sebagai memfitnah Muhammad Sanusi.

Menurutnya, pihaknya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pemilik akaun tersebut di bawah Akta Hasutan.

Nurul Amin yang juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Terap menerusi Facebook rasminya berkata, kartunis tersebut seharusnya tampil menuntut penjelasan dan bukannya menggunakan bakat melukis dengan memberikan mesej salah kepada orang ramai.

“Kalau tuan (Zunar) perlukan penjelasan, bila-bila masa Kedah buka pintu untuk berbincang.Tiada diskriminasi agama dan kaum di Kedah.

“Oleh kerana tuan telah memuat naik karikatur fitnah terhadap Menteri Besar Kedah, maka satu laporan polis telah dibuat agar tindakan diambil dengan sewajarnya,” katanya.

Tambahnya, laporan dibuat pada Isnin agar menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa bukan sewenang-wenang semua perkara boleh dipolitikkan dengan sesuka hati.

Hadir sama ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap membuat laporan terhadap Zunar adalah Timbalan Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Terap, Habibullah Salleh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!