Ditahan ketika bawa 6.6kg dadah ke Genting Highlands

Abd Jalil menunjukkan gambar kenderaan dan dadah yang dirampas susulan penahanan dua suspek di Genting Highlands pada Rabu minggu lalu.
Abd Jalil menunjukkan gambar kenderaan dan dadah yang dirampas susulan penahanan dua suspek di Genting Highlands pada Rabu minggu lalu.
A
A
A

KUANTAN - Dua lelaki ditahan bersama 6.6 kilogram dadah jenis syabu dan heroin dalam pemeriksaan di sekatan jalan raya Ops Tapis di pondok pengawal polis bantuan di Genting Highlands pada Rabu minggu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 35 dan 39 tahun dari Lembah Klang itu menggunakan lori sejuk beku dan mempunyai surat kebenaran rentas negeri konon untuk menghantar barang keperluan sebagai taktik.

"Dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM152,000 tersebut dipercayai untuk diedar sekitar Genting Highlands. Kedua-dua suspek yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Hasil ujian saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah dan mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah.

Abd Jalil(dua kanan) menunjukkan dadah yang dirampas susulan penahanan dua suspek di Genting Highlands pada Rabu minggu lalu.
Abd Jalil(dua kanan) menunjukkan dadah yang dirampas susulan penahanan dua suspek di Genting Highlands pada Rabu minggu lalu.

"Polis kemudian merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi hasil pemeriksaan ke atas rumah salah seorang suspek kerana disyaki turut digunakan dalam kegiatan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Isnin.

Tambah Abd Jalil, hasil siasatan awal mendapati suspek bergiat aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang dan daerah Bentong sejak tiga bulan lalu.

"Susulan penahanan suspek ini, kita percaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah kepada penagih di sekitar tanah tinggi ini.

"Siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek-suspek yang terlibat. Nilai rampasan keseluruhan termasuk kereta lebih RM182,000," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!