Cemar Pantai Teluk Akuan: Kerajaan negeri jamin tindakan tegas

Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar dari atas: Rosli Zul, Saarani
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar dari atas: Rosli Zul, Saarani
A
A
A

MANJUNG - Kerajaan Perak memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat operator yang mengakibatkan kerosakan di kawasan Pantai Teluk Akuan, Segari di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, setakat ini, jabatan berkaitan diarahkan untuk menyediakan laporan lengkap berkaitan isu terbabit untuk tindakan lanjut.

"Saya sudah meminta laporan daripada jabatan berkenaan.

"Sebarang tindakan akan diambil selepas penilaian dan perbincangan dibuat jabatan berkaitan," katanya ringkas ketika dihubungi pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul berkata, berdasarkan rekod, didapati pembangunan projek kuari dan kerja-kerja hutan di kawasan itu mempunyai kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam (EIA) yang dikeluarkan pada tahun 1995.

Bagaimanapun katanya, pihak yang terlibat bukan syarikat yang sama dengan kes kerosakan kawasan alur air bermusim di Segari.

“Pegawai-pegawai kita masih berada di lapangan dan hasil siasatan juga masih belum diterima, sama ada berlaku pelanggaran syarat EIA atau tidak, kita akan tahu sebaik laporan penuh diperolehi=," katanya.

Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan kesan kemusnahan alam sekitar di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Segari Melintang di Manjung semakin serius apabila sudah merebak ke Pantai Teluk Akuan berhampiran Sungai Batu, Segari.

Artikel Berkaitan:

Pendedahan dibuat Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) itu mendapati, pantai yang menjadi salah satu pendaratan penyu dan persinggahan nelayan itu tercemar dengan tanah merah dipercayai kesan pembangunan kuari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!