Sultan, Sultanah Kedah cemar duli hadir Karnival Tahun Baharu Cina
SUNGAI PETANI - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bersama Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan mencemar duli ke Karnival Tahun Baru Cina 2019 peringkat negeri Kedah di Riverfront City, malam tadi.
Turut berangkat, Raja Muda Kedah,Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Zaheeda Mohamad Ariff.
Antara kerabat lain yang turut berangkat, Tunku Bendahara Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Dato Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.
Baginda turut berkenan menyaksikan beberapa acara persembahan antaranya Gendang 24 musim dari Sekolah Menengah Sin Min Persendirian, Lukisan Pasir oleh Loong Bee dan persembahan pasukan Wushu Kedah.
Lebih 3,000 pengunjung hadir memeriahkan acara karnival berkenaan.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!