Biden tidak percaya Senat Republikan akan undi dakwa Trump
WASHINGTON - Presiden Joe Biden dalam satu temu bual baru-baru ini berkata tidak yakin ramai anggota Senat Republikan akan mengundi usul mendakwa bekas Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Sputnik.
Biden pada Isnin memberitahu CNN tidak percaya Senat Demokrat akan mendapat sokongan daripada 17 rakan Republikan untuk perbicaraan pendakwaan Trump.
Terdahulu, Dewan Perwakilan mengemukakan perkara berkaitan pendakwaan kepada Senat, yang menuduh Trump menghasut pemberontakan di Capitol AS pada 6 Januari.
Pemimpin Majoriti Senat Amerika Syarikat (AS) Chuck Schumer minggu lalu berkata, perbicaraan untuk mendakwa Trump dijadual bermula 8 Februari.
Ini kali pertama dalam sejarah AS seorang presiden berdepan dua kali pendakwaan. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Dewan Perwakilan AS sokong Trump didakwa
FBI tahan penyokong Trump ceroboh masuk Capitol
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!